Pengambilan ubat hospital semasa puasa dan bulan ramadhan

Assalamualaikum.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah kewajiban bagi semua orang Islam. Namun, untuk berpuasa bagi orang-orang yang terikat dengan rutin pengambilan ubat hospital akan menyukarkan mereka untuk berpuasa seperti orang yang normal lain. Terutama bagi pesakit diabetis, dialisis dan juga pesakit darah tinggi yang perlu mengambil ubat-ubatan tepat pada masanya tanpa boleh meninggalakan sehari pun.

 

Jadi, Boleh ke pesakit diabetis dan darah tinggi berpuasa ?

Jawapannya, BOLEH ! Ya, pesakit-pesakit darah tinggi dan pesakit diabetis boleh berpuasa sebenarnya. Termasuklah pesakit yang mengambil insulin. Tetapi, harus diingat….Semasa bulan puasa, pesakit-pesakit ini perlu mengubah waktu makan ubat. Macam mana nak tukar waktu makan ubat semasa berpuasa?

 

Cara pengambilan ubat hospital berpuasa dan di bulan ramadhan?

Haaaaaa..Pesakit-pesakit perlulah mengubah rutin atau waktu makan ubat seperti gambar di bawah berikut. Apa yang penting, anda haruslah bangun awal bersahur dan perlu makan semasa sahur. Kenapa perlu makan? Kerana makan semasa sahur akan membantu dan membekalkan tenaga kepada kita semasa berpuasa. Jadi, jika ambil insulin semasa sahur, janganlah makan sahur ala kadar sahaja..Takut-takut nanti kita pengsan pula disebabkan paras gula dalam badan rendah! Jadi makan ye…..Nasi tu tak berodosa pun okay. Cuma kawal kuantitinya.

 

Cara pesakit mengambil insulin ketika berpuasa ?

Bagi pesakit insulin pula, anda boleh rujuk rajah di bawah untuk cara pengambilan insulin semasa berpuasa atau di bulan ramadhan.

Jadi, mudahkan? Siapa kata kalau ambil ubat tak boleh berpuasa? Boleh…Tapi kita kena betul-betul jaga waktu makan ubat dan juga pastikan ambil nutrien makanan yang secukupknya mengikut penyakit kita. Dengan berpuasa, badan kita pun boleh sihat juga tau walaupun berpenyakit. At least, kita kawal pengambilan makanan kita selama sebulan. Mana yang darah tinggi, boleh kawal garam. Mana yang kencing manis, boleh kontrol gula. Cuma perlu diingatkan juga lah, semasa berbuka…Jangan melantak tak ingat pula. Hahahaha. Sia-sia puasa kita tu. Dan…kalau betul-betul tak larat, maka tak payah lah berpuasa. Kita tak paksa suruh berpuasa tau. Tapi,cubalah semampu mana yang boleh…..Akhir kata, selamat berpuasa !!

 

Untuk info lebih lanjut, anda boleh lewati link-link di bawah

  1. Puasa dan Ubat – Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Doktor, Ubat Saya Macam Mana Masa Puasa Ramadhan? – Dr. Mohd Shaiful Ehsan
  3. Penjelasan mengambil ubat-ubatan ketika berpuasa – Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Like

farahaznil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *