Perbezaan Warna dan Fungsi Storage Western Digital Mengikut Warna Biru, Merah, Purple, Hijau, Hitam dan Gold

Tahukah anda Western Digital (WD) ada mengeluarkan beberapa jenis HDD mengikut fungsi dan spesifikasinya sendiri? Terdapat 6 jenis HDD Western Digital (WD) berada di pasaran Malaysia yang dibezakan mengikut warna iaitu Biru, Merah, Purple, Hijau, Hitam dan Gold.

 

Internal HDD Western Digital Blue / Biru

Juga dikenali sebagai WD Internal Caviar Blue 3.5 atau Internal HDD WD Biru. Di mana, sesuai pengunaan untuk komputer desktop yang digunakan seharian seperti penggunaan untuk kerja-kerja pejabat,melayari internet atau menyimpan data yang bukan berkapasiti besar. Dengan kata lain, ianya sesuai untuk penggunaan kerja-kerja biasa dan tidak berat seperti design contohnya.

 

Internal HDD Western Digital Red / Merah 

Juga dikenali sebagai WD Internal Caviar Red 3.5 atau Internal HDD WD Merah. Di mana, ianya sangat dan sangat sesuai bagi jaringan stroge atau server, dimana suhu yang rendah dan apa yang penting hard disk ini diberi jaminan selama 3 tahun berbanding blue,green dan hanya 1 tahun jaminan.

 

Internal HDD Western Digital Purple / Jingga 

Dikenali sebagai WD Internal Caviar Purple CCTV 3.5 atau Internal HDD WD Jingga. Dirancang khusus untuk menampung data dari video pengawasan (CCTV). Antara ciri-ciri utama drive ini ialah ia mampu bekerja selama 24 jam sehari bahkan mampu berfungsi non-stop. Purple HDD sudah dilengkapi AllFrame and Advanced Format Technology (AFT), teknologi yang membantu mengurangi hilangnya rakaman video. WD purple juga dilengkapi dengan teknologi yang mampu untuk mengurangkan keperluan format dengan sistem penyimpanan yang lebih efisyen.

 

Internal HDD Western Digital Green / Hijau

Dikenali sebagai WD Internal Caviar Green 3.5 atau Internal HDD WD Hijau. Dirancang khusus untuk pengguna yang memerlukan penyimpanan data berkapasiti besar seperti games, movie dan musik, werstern digital green sangat mesra alam kerana bekerja dalam suhu yang rendah, sehingga hard disk ini tahan lebih lama dan tidak cepat rosak, disamping itu hard disk ini mempunyai kemampuan Smart RPM, yang akan menurunkan RPM ke 5400RPM semasa melakukan kerja-kerja ringan, manakala jika melakukan kerja berat akan meningkat kepada 7200RPM dengan gabungan teknologi IntelliSeek & IntelliPower.

 

Internal HDD Western Digital Black / Hitam

Dikenali sebagai WD Internal Caviar Black 3.5 atau Internal HDD WD Hitam. Dirancang khusus mempunyai kepantasan dan performance lebih cepat berbanding blue dan green, hadir dengan kapasiti 500Gb,1TB & 2TB sesuai dengan pengguna yang pentingkan kemampuan pc yang maksiman untuk melakukan kerja seperti permainan games, mempunyai kerja grafik dan untuk overclocking, yang membezakan western digital black daripada blue dan green iaitu memiliki dua prosesor manakala blue dan green hanya memiliki satu prosesor sahaja dalam kapasiti yang sama iaitu 2TB, harga bagi western digital black agak mahal.

 

Internal HDD Western Digital Gold / Emas

Dikenali sebagai WD Gold Datacenter 3.5 atau Internal HDD WD Emas. Hard disk ini telah diklaim sebagai varian paling tertinggi di antara semua varian hard disk milik WD. Hard disk WD emas ini dirancang sebagai Data center/Server yang memiliki efisiensi daya lebih tinggi dari WD Red dan WD Black kerana teknologi HelioSeal. Dengan kemampuan tersebut, WD Gold diklaim mampu mengurangkan risiko TCO (Total Cost of Ownership) server dan sistem penyimpanan, memberikan manfaat untuk administrator IT yang menghadapi masalah penyimpanan data yang semakin besar dengan anggaran terbatas. Dengan kata lain, ia sebuah HDD yang sesuai untuk penyimpanan data-data yang besar menggunakan network atau server.

 

Jadi…anda sudah tahu HDD mana yang sesuai untuk anda berdasarkan kegunaannya? Nasihat saya, pilihlah HDD yang sesuai dengan kegunaan anda. Agar di masa hadapan, data-data yang kita simpan tidak hilang ataupun kaput disebabkan HDD rosak kerana tidak mampu menampung bebanan yang kita letakan padanya. Jadilah pembeli dan pengguna yang bijak ! Dengan ini, saya berharap artikel ini mampu memberi manfaat kepada anda dengan sedikit informasi dan gambaran tentang Perbezaan Warna dan Fungsi Storage Western Digital Mengikut Warna Biru, Merah, Purple, Hijau, Hitam dan Gold.

Like

farahaznil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *