Ziarah Hari Raya Jangan Sampai susahkan tuan rumah bila beraya

Hai uoollssss….Selamat Hari Raya..

Fuh…Farahaznil baru je selesai layan saudara mara yang datang ziarah tadi. Yang penting…Roti Jala licin hokay…Alhamdulillah…Menu tak banyak tahun ni. Satu aje…Jadilah kan…Daripada tak ada. Ingat sonang ke nak menjala haaaaa? Yang mana tak rasa.. Rugi!!! Hahahahahaha…

 

Topik kita hari ini…..Ziarah Hari Raya Jangan Sampai Susahkan Tuan Rumah Bila Beraya !!!

 

Eh eh eh…..kalau ada sedara mara yang baca artikel ni…Artikel ni bukan mengata pasal korang ye! Saje je nak bagi ingatan pada semula. Nanti, kot-kot ada sedara-mara yang terbaca, rasa i mengata dorang pulak. Tahun depan tak mau datang rumah pulak…I tak mengata uoollss yeeee sebenarnya….Tak caye? Lantak korang lah….Nak sentap-sentap pehal? Hihi

Ok berbalik pada topik. Ya..Tolonglah….Please pleas please….Tolong lah jangan susahkan tuan rumah bila masa beraya. Yang penting !!!!! Jangan taruh harapan kalau datang beraya di rumah orang, dah siap-siap fikir tuan rumah akan masak untuk korang!

 

Konsep raya dan ziarah menziarah ni bukannya datang dari konsep DATANG NAK BERAYA DENGAN HARAPAN DAPAT MAKAN ok!!!!

Konsep raya tu sebenarnya adalah untuk meraikan hari kemenangan kita selepas sebulan berpuasa. Dan zirah-menziarahi adalah merupakan tradisi yang disyariatkan di dalam Islam !

 

Nama pun ziarah kan…….Jadinya janganlah susahkan tuan rumah suruh masak-masak buat kenduri bagai. Melainkan dia sihat walafiat dan memang dia jemput datang rumah beraya dan jamu kita dengan makanan-makanan. Tu dah dia yang nak sedekah…Bukanlah kata tak boleh makan pulak bila tuan rumah dah masak…Cuma nak ingatkan, jangan menyuruh atau mengharap tuan rumah untuk jamu kita makan. Kiranya kita ni adab raya pun tak ada dah..Macam membebankan tuan rumah!

 

Lagi-lagi kalau tuan rumah yang kita nak beraya tu sakit! Walaupun nampak je dia segar bugar.. Terutama pesakit diabetis, buah pinggang, darah tinggi….Yelahhh..Korang tengok dia boleh berdiri lagi…..Selagi tak tumbang tulah korang kata dorang ni tak sakit kan….

So, tolonglahhhhh…..Jangan mengaharap! Kalau boleh, telefon dulu sebelum nak datang dan pesan supaya jangan susah-susah untuk masak-masak…..

 

Bukan apa, kadang-kadang memang ada tuan rumah yang sakit ni semngat beriya-iya nak sambut tetamu beraya. Lagi-lagi kalau sedara-mara…Kesian tau tengok dorang. Penat dorang tak sama dengan penat kita yang sihat segar bugar ni! Yang terbaik…Kita sebagai tetamu nak ziarah ni, kita yang bawak makanan untuk disedekahkan. Baru lah betul!

Aku cerita semua ni…Semuanya berdasarkan pengalaman. Mak aku sendiri. Dia memang jenis kalau orang datang rumah, akan cuba nak hidangkan makanan serba-serbi yang sebaik boleh. Sampaikan satu hari, dia tak sihat tapi masih nak memasak juga..Last-last malam tu tumbang masuk ICU, kegagalan buah pinggang tahap akhir terus! Orang yang datang apa tau? Bila mak aku masuk hospital,takde pulak nak datang cepat-cepat ziarah…

Kesimpulanya, aku nasihatkan……janganlah susahkan tuan rumah bila beraya ye. Korang makan je lah kuih raya yang dia dah beli tu. Walaupun kuih dia hidangkan tu, kuih sama dengan 40 rumah yang lain korang dah raya. Amik hati katanya…….Jangan komplen-komplen ok!

 

Tapi…..Kalau rumah yang nak diziarah tu…..Ada anak-anak, cucu-cucu, menantu-menantu yang sihat walafiat…Ko sebagai tuan rumah jangan pulak buat bodoh dengan tetamu! Itu memang nak kena lesing….Hidangkanlah air…Ini mak bapak ko yang sakit, ibarat satu keluarga pulak sakit tak boleh buat kerja. Kan tetamu tu kalau kita layan dapat pahala….

 

Ok lah..aku malas nak bebel-bebel…Cukuplah nasihat aku hari ni. Ingat……Jangan susahkan tuan rumah bila beraya ye! Kalau di top-up kan dengan serapah kata-mengata lagilah jangan! Kita kan nak menzirah……Tanamkan di kepala otak dan benamkan di hati. Selamat beramal……..Hihihihi

 

Nota penapak kaki    – Selagi lagi aku warning nak remind……Aku tak mengata kat sedara mara ye…Jangan nak menyentap mak jemah pulak…

Like

farahaznil

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *