Review Seagate Firecuda SSHD Malaysia

Haii uoollsss

Berjumpa lagi setelah sekian lama lupa nak update blog! Ok baru-baru ni laptop Farahaznil baru je rosak internal hard disk drive (HDD). Agak sedih ok 😭 ! Tapi apa nak buat, usia dia pun dah 7 tahun guna. Guna pulak untuk kerja-kerja design. Memang jangka hayat pendek la kan. Jadi ceritanya, nak ganti yang baru…

 

Ganti HDD ke…..SSHD ke…..ataupun SSD ?

 

Haaaa…..ni persoalannya! Yang mana satu mahu diganti buat jadi laki baru? Setakat ni, ada 3 pilihan yang tersenarai iaitu (1) HDD , (2)SSHD dan (3) SSD.

 

Jadi setelah belek punya belek. Fikir punya fikir. Seluk-seluk poket. Baca punya baca review. Akhirnya farahaznil rasa, farahaznil pilih SSHD. Jenama SSHD apa? Jenama SSHD Seagate Firecuda ..Jadi, apakah kelebihan Seagate Firecuda SSHD ni ye 🤔 ? Jom kita rujuk di bawah 👇🏼

 

Kelebihan dan Kebaikan SSHD 

  1. Performance SSHD lagi laju dan bagus berbanding HDD,
  2. Prestasi cache pula hampir sama dengan SSD di mana had kelajuan pemindahan file/program adalah laju,
  3. Harga SSHD lebih murah daripada SSD dan hanya beza lebih dalam RM50 ke atas daripada harga HDD,
  4. Sesuai untuk gamers dan designer yang mempunyai bajet yang kecil tetapi mementingkan performance sama macam SSD,
  5. Hadir dalam storage 500Gb, 1TB dan 2TB dengan harga yang berpatutan!

 

Perbandingan Keseluruhan HDD, SSHD dan SSD.

 

Jadi, nampak tak perbandingan di atas? Kalau kita mempunyai bajet kewangan yang kecil tetapi dalam masa yang sama mementingkan performance. Maka SSHD adalah pilihan yang terbaik. Tetapi jika kita mempunyai bajet kewangan yang besar, SSD juga pilihan yang tepat.

Namun SSD tetap ada kekurangannya berbanding dengan SSHD. Antara kekurangan utamanya ialah ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat penyimpanan fail yang berubah alih seperti storan muzik, video, gambar dll. kerana ia akan memendekkan umur SSD berbanding HDD/SSHD. Antara puncanya ialah siklus read and write SSD ini lebih pendek.

Untuk lihat performance lebih lanjut, anda boleh tonton video di bawah 👇🏼

Selamat menonton!

 

Like

farahaznil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *